Ketahui Nutrisi Penting Bagi Ibu Hamil Untuk Perkembangan Bayi Yang Sihat
Nutrisi yang diambil oleh ibu berkait dengan keperluan baby dalam rahim ibu. Baby atau janin memerlukan banyak nutrisi-nutrisi penting supaya mereka boleh membesar secara sihat. Jika nutrisi kurang, ia akan menjejaskan perkembangan mereka dan memberi kesan kepada kesihatan ibu juga. Pastinya sebagai ibu, kita mahu berikan yang terbaik dari semasa hamil kerana ia juga akan memberi kesan semasa mereka telah dilahirkan.
1)PROTEIN
Protein ialah sejenis micronutrien atau pun nutrien yang diperlukan dengan agak banyak untuk memberi tenaga kepada badan kita sepanjang hari. Protein merupakan blok binaan asas badan kita untuk membina sel yang baru. Dan ia penting untuk perkembangan bayi. Jadi, untuk setiap sel bayi yang perlu tumbuh, ia memerlukan protein yang cukup. Protein yang lengkap termasuklah ada kandungan asid amino dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat. Dalam masa yang sama, ibu juga akan dapat tenaga.
Bezanya tenaga dari protein berbanding karbohidrat dan lemak ialah protein tidak bertukar kepada gula. Ini kerana semua sel kita memerlukan protein. Contohnya, hormon, kuku, rambut dan semuanya memerlukan protein. Jadi protein ini memang banyak sangat kegunaan bila anda mengambil protein yang sihat secukupnya.
2) ASID FOLIK
Ia merupakan salah satu komponen dalam b complex. Ia juga dikenali sebagai vitamin B9. Asid folik sangat penting semasa sedang hamil, sewaktu baby sedang membesar untuk pembentukan tiub neural bayi. Tiub neural ini sangat penting kerana ia kemudiannya akan membentuk tulnang belakang dan otak. Ianya sangat penting.
Jika ibu kekurangan asid folik, bayi berisiko untuk mengalami masalah kecacatan tiub neural. Tiub neural ini kemudiannya akan menjadi tulang belakang dan berkait dengan otak. Waktu yang kritikal untuk asid folik berada dalam badan ibu adalah antara hari ke 15 hingga 28 selepas persenyawaan. Jadi, pastikan ibu-ibu yang merancang untuk hamil untuk ambil asid folik yang mencukupi sejak sebelum hamil lagi.
3) VITAMIN C
Kemudian, nutrisi yang penting ketika hamil selain protein, asid folik adalah VITAMIN C. Vitamin C ialah vitamin larut air di mana ianya membantu penyerapan ZAT BESI dan ASID FOLIK dalam sel darah kita. Ianya sangat penting seperti penghasilan sel darah merah, meningkatkan keberkesanan asid folik, tenaga. Vitamin C juga sangat penting untuk tisu penghubung, pertumbuhan otot dan pertumbuhan tulang di mana semua organ memerlukan vitamin C.
Bila ibu hamil, baby juga akan develop bahagian tulang dan sendi mereka memerlukan vitamin C. Ibu juga memerlukan vitamin C sebagai vitamin asas untuk menguatkan sistem imunisasi badan.
4) KALSIUM
Kalsium merupakan nutrisi yang sangat-sangat penting. Ia memastikan tulang baby dapat develop dengan sempurna. Dan dalam masa yang sama , ibu juga perlu memastikan storage of calcium dalam badan ibu.
Bukan itu sahaja, ia juga perlu untuk jantung, saraf dan otot semasa dalam tumbesaran baby dalam rahim ibu. Mereka memerlukan bekalan kalsium yang mencukupi untuk membesar. Jika ibu tidak mengambil kalsium yang cukup dalam nutrisi hariannya, baby akan ambil kalsium dari tulang ibu sendiri. Ini akan meningkatkan risiko osteoporosis, lebih-lebih lagi bila ibu semakin berusia.
5) OMEGA-3
Omega-3 atau asid lemak omega-3. Lebih spesifik lagi, ialah keperluan DHA. DHA adalah salah satu nutrisi yang sangat penting untuk perkembangan mata dan otak baby sewaktu dalam kandungan. Kita nak baby kita sihat, sel-sel otak mereka sihat, penglihatan mereka sempurna. DHA adalah nutrisi yang sangat penting yang terdapat dalam Omega-3. Dalam Omega-3 juga terda[at EPA.
Nutrisi-nutrisi ini sebenarnya bukan sahaja untuk baby, malah untuk ibu hamil juga. Mengikut kajian yang telah dibuaat, sel otak ibu hamil akan sedikit mengecut yang menyebabkan masalah seperti mudah lupa. Jadi, Omega-3 ini sangat penting untuk kesihatan sel otak atau neoron ibu hamil.